Biodiversiti Taman Negeri Royal Belum

Rafflesia

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti Rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar. Terdapat 3 spesis bunga Raflessia di hutan ini di antara 26 bunga Raflessia yang terdapat di dunia iaitu Rafflesia cantleyi, R. kerri and R. azlanii.[1][7]

Terdapat lebih daripada 89 spesies lumut; 48 taksonomi paku-pakis (atau likofit), lebih daripada 374 spesies dalam 84 keluarga tumbuhan berbunga telah disenaraikan dan direkodkan termasuk 15 spesies endemik. Lebih 150 spesis orkid dijumpai di sini.[1]

Hutan ini menjadi habitat kepada spesies burung Enggang terbanyak di dunia iaitu lebih 10 spesies Enggang, 80 spesies mamalia termasuk gajah Asia (Elephas maximus maximus), harimau Malaya, seladang Malaya, tapir Malaya, harimau bintang, kucing tulap dan pelbagai spesies kucing. Turut dijumpai di hutan ini adalah 18 spesies katak dan kodok, 67 spesies ular, dan di antara serangga, terdapat lebih dari 132 spesies kumbang, 28 spesies dengan kemungkinan tiga spesies baru jangkrik, 97 spesies rama-rama dan 41 spesies capang dan damselflies.[1]